Tuesday, December 29, 2009

Baby Baru 28 Disember 2009

Alhamdulillah pada jam 3.20 pagi bertempat di Hospital Selayang pada 28 Disember 2009 hari Isnin maka lahirlah seorang puteri seberat 2.93 kg. Alhamdulillah mama & baby sihat. Proses kelahiran pun sekejap je...sampai papa dia pun x sempat nak sambut kelahiran baby sebab uruskan pendaftaran....nama dah ada tp nanti lah....esok nak g JPN nak daftar kelahiran...




Thursday, December 17, 2009

Danial Bersukaria Di Tasik Metropolitan Kepong

13 Disember 2009 lepas bawa Danial ke Taman Metropolitan Kepong, seronok betul dia main kat taman tu, dah tak ingat nak balik....sampai berpeluh-peluh....tapi seronok-seronokpun sebenarnya dia takut sebab lantai tempat permainan tu berlubang jadi gayat sikit laaa...

Ajak balik pun x nak....tapi paksa jugak balik...dalam kete penat katanya...lain kali nak bawak dia lagi...bawak beskal sekali biar dia kayuh...




Danial Bersukaria Di Tasik Metropolitan Kepong





Danial Bersukaria Di Tasik Metropolitan Kepong





Thursday, December 3, 2009

Hari Raya Aidiladha


Ni masa perjalan balik ke KL...dekat nak sampai tol Karak...belum tol Bentong lagi tu...

Mama dukung anak sepupu...cute betul little gurls....

lembu yang telah dipotong-potong maka menjadilah daging berketul-ketul...hahahaha

Hari Raya Aidiladha (Aqiqah Utk Danial)






Raya pertama Alhamdulillah dapat melaksanakan aqiqah untuk Danial satu bahagian...Tok Bah yang belanja...

Wednesday, December 2, 2009

Berakhirnya Tahun 2009

Alhamdulillah tahun 2010 tak lama lagi akan bermula, maka berakhirlah tahun 2009. Ok ada sedikit sinopsis bagi tahun 2009.

Awal tahun 2009 Aku & Wife telah berbincang dan buat keputusan utk membeli rumah..setelah dibuat pilihan kami beli Condo kat Bt Caves. Harga RM140,000. Tercapai jugak cita2 nak duduk umah sendiri....proses dokumentation mengambil masa yang lama jugak lah...nak kena prepare duit booking 10% dan duit lawyer. Semua settle pada bulan Ogos rasanya....dalam bulan puasa aritu kitaorang pindah masuk umah baru setelah dibuat sedikit renovation.

Hujung Bulan Mac kena gi kursus induksi 3 minggu, hujung bulan Jun kena gi kursus asas perkhidmatan plak selama sebulan.

Bulan puasa kitaorang pindah masuk umah baru...letih jugak lah maklumlah berpuasa masa tu..tapi upah orang lah...boleh tahan jugak kena caj.

Sepanjang tahun 2009 pun ramai jugak member2 yang kahwin dan mendapat cahaya mata... Aku akan mendapat cahaya mata yang kedua awal bulan Januari 2010. InsyaAllah perempuan...

Begitulah sedikit coretan tahun 2009.