Friday, November 7, 2008

Caruman KWSP 8 peratus bermula gaji Januari 2009

KUALA LUMPUR – Pengurangan caruman pekerja dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dibuat secara automatik mulai gaji Januari 2009.

Langkah itu akan dilaksanakan sehingga gaji Disember 2010, demikian menurut KWSP dalam kenyataan di sini semalam.

Bagaimanapun, ahli yang ingin mengekalkan caruman kadar 11 peratus boleh mengisi Borang KWSP 17A (AHL).

“Borang yang lengkap diisi perlu dikemukakan kepada majikan untuk diserahkan kepada KWSP,” katanya.

Menurut kenyataan itu, KWSP juga akan mengeluarkan jadual caruman bulanan yang baru.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa lalu mengumumkan langkah mengurangkan kadar caruman itu semasa ucapan penggulungan Kementerian Kewangan untuk Bajet 2009.

Pengurangan kadar berkanun caruman pekerja pernah dilaksanakan sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2001 dan 2003 sebagai sebahagian daripada pakej rangsangan ekonomi.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman berkata, pihaknya hanya akan bersetuju dengan cadangan pemotongan caruman itu jika kerajaan menaikkan caruman bagi pihak majikan.

Berita

NEGARA

Bahaya pakai tiga cincin

Oleh ZAKI SALLEH
zaki.salleh@kosmo.com.my



ANGGOTA bomba cuba memotong cincin yang terlekat pada jari Mohd. Saiful Azwan di HPRZ II, Kota Bharu semalam.

--------------------------------------------------------------------------------



KOTA BHARU - Seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital selepas ibu jari tangan kirinya membengkak dan bernanah gara-gara memakai tiga cincin tembaga sejak sebulan lalu.

Mohd. Saiful Azwan Mustapha, 28, dari Kampung Slow Machang dekat Pasir Mas dipercayai cuba merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan keluarganya tetapi disedari abangnya setelah melihat dia berkelakuan pelik.

Menurut Mohd. Zahruddin, 29, beliau mula menyedari perkara itu apabila adiknya kerap menyembunyikan ibu jari.

Bila diperiksa, beliau terkejut mendapati ketiga-tiga cincin itu terlekat pada jari yang membengkak.



JARI yang membengkak apabila tiga bentuk cincin sudah seakan terlekat pada daging.

--------------------------------------------------------------------------------



"Adik saya sebelum ini tidak sihat dan mungkin dia tidak sedar ibu jarinya bengkak, setelah dipujuk dia dibawa ke Hospital Pasir Mas sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

"Bagaimana pun, doktor yang merawat buntu kerana gagal mengeluarkan cincin yang melekat dengan daging lalu menghubungi bomba meminta bantuan," ujarnya ketika ditemui semalam.

Sepasukan bomba bersama sebuah jentera yang tiba kira-kira pukul 11 pagi juga gagal memotong cincin menggunakan alat pemotong besi kerana bengkaknya terlalu serius selain dibimbangi boleh dijangkiti kuman.

Buat Duit TAnpa Keluar Duit

Disini ada 2 link untuk anda promosi dimana-mana sahaja. Anda hanya perlu daftar secara PERCUMA dan promosi link sahaja. Anda akan dibayar jika ada yang melanggan di link tersebut.



Majlis Kahwin Aku





Beberapa Gambar Di Majlis Perkahwinan Aku...
Majlis ni diadakan di kediaman bapa aku di Felda Kemahang 1, Pada 26 Ogos 2006. Beberapa orang kawan yang hadir pada majlis tersebut memeriahkan lagi Majlis Sambut Menantu. Nama pasangan aku ialah Noraini Bt Man, asal Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan.

Juga Photo Nik Muhammad Farish Danial sekarang ni dah berumuh 1 tahun 4 bulan.