Friday, November 7, 2008

Berita

NEGARA

Bahaya pakai tiga cincin

Oleh ZAKI SALLEH
zaki.salleh@kosmo.com.my



ANGGOTA bomba cuba memotong cincin yang terlekat pada jari Mohd. Saiful Azwan di HPRZ II, Kota Bharu semalam.

--------------------------------------------------------------------------------



KOTA BHARU - Seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital selepas ibu jari tangan kirinya membengkak dan bernanah gara-gara memakai tiga cincin tembaga sejak sebulan lalu.

Mohd. Saiful Azwan Mustapha, 28, dari Kampung Slow Machang dekat Pasir Mas dipercayai cuba merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan keluarganya tetapi disedari abangnya setelah melihat dia berkelakuan pelik.

Menurut Mohd. Zahruddin, 29, beliau mula menyedari perkara itu apabila adiknya kerap menyembunyikan ibu jari.

Bila diperiksa, beliau terkejut mendapati ketiga-tiga cincin itu terlekat pada jari yang membengkak.



JARI yang membengkak apabila tiga bentuk cincin sudah seakan terlekat pada daging.

--------------------------------------------------------------------------------



"Adik saya sebelum ini tidak sihat dan mungkin dia tidak sedar ibu jarinya bengkak, setelah dipujuk dia dibawa ke Hospital Pasir Mas sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

"Bagaimana pun, doktor yang merawat buntu kerana gagal mengeluarkan cincin yang melekat dengan daging lalu menghubungi bomba meminta bantuan," ujarnya ketika ditemui semalam.

Sepasukan bomba bersama sebuah jentera yang tiba kira-kira pukul 11 pagi juga gagal memotong cincin menggunakan alat pemotong besi kerana bengkaknya terlalu serius selain dibimbangi boleh dijangkiti kuman.

No comments: